Jaminan Kualiti dan Keberkesanan untuk Tanaman yang Lebih Sihat dan Produktif.
Syarikat Bumiputera
100% milik Bumiputera, komited membangunkan industri pertanian tempatan dengan produk berkualiti tinggi.
Baja Bio-organik
Pengeluar baja bio-organik yang diiktiraf, memastikan keselamatan dan keberkesanan untuk tanaman anda.
Pengalaman
Lebih dari 10 tahun pengalaman dalam industri, kami komited untuk memberikan yang terbaik kepada anda.
Baja Bebas Virus
Dijamin bebas dari virus berbahaya, memberikan perlindungan maksimum untuk tanaman anda.
Tingkatkan Kesuburan & Hasil Ladang Anda dengan Baja Nadi – Pilihan Terbaik Petani.
Bagaimana Baja Nadi Membantu Tanaman Anda?
Memulihkan Struktur Tanah & Menggalakkan Pertumbuhan
Baja Nadi FLORAA memulihkan kesuburan tanah yang penting untuk akar baru tumbuh dengan kuat. Ia membantu mempercepatkan tumbesaran tanaman, menjadikannya lebih sihat dan lebih produktif.
Buah Lebih Manis, Hasil Lebih Banyak
Baja Nadi FRUITZZ menstabilkan pH tanah, melindungi daripada penyakit, dan meningkatkan kelazatan buah. Ia diformulasikan khusus untuk tanaman buah-buahan, menjadikan setiap hasil panen lebih berkualiti.
100% Organik, Perlindungan Menyeluruh
Nadi Treat Spray, 100% organik, melindungi tanaman daripada serangga dan kulat. Ia meningkatkan imunisasi semulajadi tanaman, menjadikannya lebih kuat dan tahan lasak tanpa memerlukan bahan kimia sintetik.
Masih Perlukan Kepastian? ↓↓↓ Lihat Testimoni Pelanggan Kami dan Rasai Keyakinan yang Sama ↓↓↓
Dengar Cerita Pengguna Kami
"Alhamdulillah durian Monthong umur 5 tahun lebih dan keluar bunga. Moga-moga ada hasil. Tanam sebelah stor baja."
En. Ahmad Musaddad
"Macam ni buah yang kita nak baru berbaloi dengan duit keluar beli baja nadi bio kimia."
Tn. Hj. Abdullah Arshad
"Saya dah guna baja nadi ni dah setahun lebih. Hasil tahun lepas saya dpt 120 tan drpd Jan hingga Dis. 1 pokok 3kg. 1 thn 3 psgn saja. Keluasan kebun 4 hektar saja."
Tn. Hj. Shabudin
Produk Baja Nadi
Baja Nadi Floraa
RM
28.00
Diformulasi khas untuk tanaman sayuran dan pokok bunga
Baja Nadi merupakan baja bio yang diperbuat daripada bahan mineral semulajadi.
Sukatan adalah mengikut jenis tanaman. Pertama, untuk pokok belum berbuah perlu membaja sebulan sekali dengan 5 kali senduk. Seterusnya, bagi pokok yang sudah berbuah perlu membaja sebulan sekali dengan bilangan 10 kali senduk.
Baja Nadi telah menyediakan senduk 50 gram di dalam beg untuk kegunaan pelanggan untuk tabur pada tanaman
Baja Nadi tidak perlu dicampur atau dibancuh dengan air. Baja Nadi siap sedia diguna pakai untuk semua jenis tanaman.
Produk Baja Nadi boleh disimpan sehingga 2-3 tahun tanpa mengurangkan kualiti baja.
Nadi Fruitzz sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman buah-buahan.
Nadi Floraa sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman sayuran dan bunga
NTS merupakan semburan organik yang selamat digunakan pada setiap jenis tanaman.
Penggunaan NTS dapat menyuburkan tanaman hiasan dan sayuran. Seterusnya, dapat memanjangkan tempoh hasil pengeluaran tanaman. Akhir sekali, dapat mencegah serangga perosak.
NTS merupakan produk yang sedia digunakan. Semburan boleh dilakukan secara terus pada daun, batang dan permukaan tanah.
Semburan NTS tidak akan memberi kesan sampingan yang buruk terhadap tanaman kerana produk ini dihasilkan daripada EM.
Produk Baja Nadi adalah produk yang selamat digunakan kerana produk-produk ini bebas daripada bahan kimia yang berbahaya. Jadi, produk Baja Nadi tidak memberi kesan berbahaya pada manusia.
Penggunaan NTS mampu memberi tindak balas kepada serangan seranggan bena putih.
Bergantung kepada tanaman. Sekiranya ingin menampakkan hasil yang lebih baik boleh membuat semburan dan juga membaja pada tanaman tersebut.