Baja Nadi merupakan baja bio yang diperbuat daripada bahan mineral semulajadi.
Sukatan adalah mengikut jenis tanaman. Pertama, untuk pokok belum berbuah perlu membaja sebulan sekali dengan 5 kali senduk. Seterusnya, bagi pokok yang sudah berbuah perlu membaja sebulan sekali dengan bilangan 10 kali senduk.
Baja Nadi telah menyediakan senduk 50 gram di dalam beg untuk kegunaan pelanggan untuk tabur pada tanaman
Baja Nadi tidak perlu dicampur atau dibancuh dengan air. Baja Nadi siap sedia diguna pakai untuk semua jenis tanaman.
Produk Baja Nadi boleh disimpan sehingga 2-3 tahun tanpa mengurangkan kualiti baja.
Nadi Fruitzz sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman buah-buahan.
Nadi Floraa sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman sayuran dan bunga
NTS merupakan semburan organik yang selamat digunakan pada setiap jenis tanaman.
Penggunaan NTS dapat menyuburkan tanaman hiasan dan sayuran. Seterusnya, dapat memanjangkan tempoh hasil pengeluaran tanaman. Akhir sekali, dapat mencegah serangga perosak.
NTS merupakan produk yang sedia digunakan. Semburan boleh dilakukan secara terus pada daun, batang dan permukaan tanah.
Semburan NTS tidak akan memberi kesan sampingan yang buruk terhadap tanaman kerana produk ini dihasilkan daripada EM.
Produk Baja Nadi adalah produk yang selamat digunakan kerana produk-produk ini bebas daripada bahan kimia yang berbahaya. Jadi, produk Baja Nadi tidak memberi kesan berbahaya pada manusia.
Penggunaan NTS mampu memberi tindak balas kepada serangan seranggan bena putih.
Bergantung kepada tanaman. Sekiranya ingin menampakkan hasil yang lebih baik boleh membuat semburan dan juga membaja pada tanaman tersebut.